Hadirah Legacy merupakan sebuah syarikat penerbitan dan pemasaran buku yang ditubuhkan pada tahun 2020. Sejak awal penubuhannya, Hadirah Legacy komited dalam menerbit dan memasarkan karya-karya fiksyen, khususnya dalam genre mistik, seram dan misteri yang diinspirasikan daripada pengalaman sebenar penulis atau individu terpilih.
Pada tahun 2025, Hadirah Legacy memperluas skop penerbitannya dengan melibatkan pelbagai genre novel serta buku bukan fiksyen, sejajar dengan permintaan pasaran dan kepelbagaian minat pembaca masa kini.
Sebagai penerbit yang progresif, Hadirah Legacy memastikan semua terbitan boleh diakses dengan mudah melalui platform digital utama.
Platform Penjualan Rasmi:
Menjadi penerbit buku tempatan yang unggul di Malaysia dengan menampilkan karya-karya berkualiti tinggi yang mampu memberi impak dan inspirasi kepada masyarakat.
Menerbitkan buku yang memenuhi keperluan pembaca dari pelbagai latar belakang dan minat.
Menyokong penulis tempatan dengan menyediakan platform penerbitan yang telus, profesional dan lestari.
Mengembangkan saluran pemasaran dan pengedaran secara digital serta fizikal untuk capaian yang lebih meluas.
Menawarkan kandungan yang menggabungkan nilai komersial dan nilai ilmu secara seimbang.
Kualiti: Mengutamakan mutu dalam setiap aspek penerbitan.
Integriti: Berpegang pada prinsip ketelusan dan kepercayaan dalam setiap urusan.
Inovasi: Sentiasa meneroka pendekatan baharu dalam penerbitan dan pemasaran.
Komitmen: Memberi perkhidmatan terbaik kepada penulis, pembaca dan rakan niaga.
Keilmuan: Menyebarkan ilmu, nilai dan perspektif yang membina masyarakat.
Hadirah Legacy menawarkan perkhidmatan yang berikut:
Sebarang pertanyaan atau maklum balas bolehlah hubungi melalui:
Emel: hadirahlegacy@gmail.com
Telefon: 013-8300 478
NOVEL KERANA DIA PILIH AKU
KARYA TOK YU
Kerana Dia Pilih Aku merupakan sebuah novel berasaskan kisah benar yang mengupas pengalaman peribadi Ayu berdepan gangguan misteri sejak tahun 2014. Melalui penceritaan yang santai namun mendalam, pembaca dibawa menyelami alam mistik yang melibatkan unsur sihir, saka dan gangguan jin — membuka ruang kepada pemahaman yang lebih luas tentang realiti dunia ghaib dari perspektif pengalaman sebenar.
Setakat ini, 3 siri telah diterbitkan iaitu:
NOVEL SIRI KISAH JAY
KARYA HONDA HITAM
Siri Jay merupakan sebuah novel mistik bersiri yang diinspirasikan daripada kisah benar penulis sendiri. Naskhah ini menghimpunkan pengalaman-pengalaman mistik yang dialami oleh penulis sejak usia 11 tahun, merentasi zaman remaja hingga ke alam dewasa. Setiap catatan membawa pembaca menyelami pelbagai kejadian aneh dan luar jangka yang berlaku dalam kehidupan seharian, menjadikannya sebuah karya yang penuh misteri dan mencabar minda.
Setakat ini, 3 siri telah diterbitkan iaitu:
NOVEL SIRI BILA ILMU SATU ANUGERAH (BISA)
KARYA PAKCIK MAN
Novel Siri Pakcik Man ini merupakan novel mistik bersiri inspirasi dari kisah benar penulis sendiri. Cerita-cerita yang dimuatkan dalam buku ini berkisar tentang kisah kehidupan seorang budak lelaki bernama Man. Perjalanan yang menjadikan Man lebih dewasa daripada usianya. Bimbingan arwah guru-guru yang lebih cintakan akhirat dari dunia dengan menjadikan sifat 20 Allah sebagai asas ilmu telah membuka kisah ghaib yang tidak terjangkau dek akal.
Setakat ini, siri telah diterbitkan adalah:
NOVEL SIRI CERITA AKU
KARYA SHUKUR MOHAMAD
Novel Siri Cerita Aku bermula dengan kisah hidup seorang remaja berubah selamanya selepas terpengaruh dengan kata-kata seorang kawan — satu tindakan di luar jangkaan telah membuka pintu ke alam yang tidak sepatutnya disentuh.
Sejak hari itu, dia mula melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Tubuhnya menjadi “wangi” kepada makhluk-makhluk ghaib, menjadikannya sasaran dalam dunia yang asing dan berbahaya. Walaupun usaha telah dilakukan untuk menutup semula pintu itu, segalanya sudah terlambat. Air yang diminum telah menyatu dengan darahnya… dan dunia ghaib tidak pernah melepaskan cengkamannya.
Namun dia tidak keseorangan. Lahir dalam keluarga yang mewarisi ilmu spiritual dan keagamaan, dia diajar untuk menerima hakikat yang tidak semua orang mampu faham — dan tidak semua orang mampu tanggung.
Inilah kisah benar yang penuh pahit, ngeri dan misteri. Percayalah… atau jangan. Tetapi jangan anggap ia sekadar cerita biasa. Kerana realitinya, mungkin lebih dekat daripada yang anda sangka.
NOVEL FAQIR FIQRI
KARYA FIQRI JALIL
Catatan Faqir Fiqri menghimpunkan pengalaman sebenar penulis sepanjang lebih satu dekad penglibatannya dalam dunia pengubatan Islam berasaskan Ruqyah Syar’iyyah dari tahun 2011 hingga 2023.
Penulis berkongsi kisah bagaimana beliau berhadapan dengan pelbagai penyakit misteri dan gangguan makhluk halus seperti sihir, saka dan santau. Semua pengalaman ini ditulis sebagai panduan dan iktibar buat masyarakat dalam mencari jalan penyembuhan berlandaskan syariat Islam.
Buku ini turut dilengkapi dengan bacaan ayat-ayat ruqyah, rangkaian doa-doa mustajab, serta nasihat kerohanian yang ditulis sendiri oleh penulis — sebagai panduan istiqamah bagi mereka yang menempuh cabaran dalam dunia pengubatan Islam.